Terma Perkhidmatan ini (“Terma”) mentadbir penggunaan aplikasi mudah alih dan laman web DNA63 (“Perkhidmatan”, “Aplikasi”). DNA63 Community ialah komuniti digital yang diuruskan di bawah Kelab Kembara Sabah, sebuah persatuan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di bawah nombor pendaftaran PPM0201222022019(“kami”, “DNA63”). Dengan mendaftar akaun atau menggunakan mana-mana ciri dalam Aplikasi, anda bersetuju terikat dengan Terma ini dan Dasar Privasi kami.
Penerimaan Terma
1.1 Umur Minimum
Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 13 tahun untuk mendaftar dan menggunakan ciri asas Aplikasi (komuniti, kuiz MA63, kedai buku).
1.2 Pengguna Berumur 13–17 Tahun
Sekiranya anda berumur di antara 13 hingga 17 tahun, pendaftaran dan penggunaan Aplikasi mestilah dengan kebenaran dan di bawah penyeliaan ibu bapa atau penjaga sah anda. Ibu bapa/penjaga tersebut dianggap bersetuju terikat dengan Terma ini bagi pihak kanak-kanak berkenaan, dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penggunaan akaun serta sebarang transaksi yang dibuat.
1.3 Ciri Berkontrak & Kewangan (18 Tahun Ke Atas)
Di bawah Akta Kontrak 1950 dan Akta Umur Dewasa 1971, seseorang di bawah umur 18 tahun tidak mempunyai keupayaan untuk memasuki kontrak yang mengikat di Malaysia. Oleh itu, ciri-ciri yang melibatkan kontrak kewangan atau perkhidmatan — Wallet & top-up (Seksyen 4), pendaftaran sebagai Rider (Seksyen 5), dan permohonan sebagai Vendor (Seksyen 6) — hanya dibenarkan untuk pengguna berumur 18 tahun ke atas yang telah melengkapkan pengesahan identiti mengikut Seksyen 3.
Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian Terma ini, sila hentikan penggunaan Aplikasi dan padam akaun anda melalui halaman Akaun → Tetapan.
Penerangan Perkhidmatan
2.1 Apa itu DNA63 Community
DNA63 Community ialah komuniti digital yang tertumpu kepada isu MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) dan hal ehwal masyarakat Sabah, disampaikan melalui Aplikasi dan laman web DNA63. DNA63 Community diuruskan dan dikendalikan di bawah Kelab Kembara Sabah, sebuah pertubuhan yang berdaftar secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di bawah nombor pendaftaran PPM0201222022019. DNA63 bukan sebuah entiti kerajaan dan tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan persekutuan atau negeri.
DNA63 ialah platform komuniti pelbagai fungsi yang merangkumi:
- Komuniti & Pendidikan — kuiz MA63, koleksi buku, akademi, papan berita.
- Peta Aduan Jalan Raya — pelaporan isu awam kepada wakil rakyat (lihat Seksyen 7).
- Perkhidmatan Rider — padanan permintaan penghantaran antara pengguna dan rider bebas.
- Marketplace Vendor — jualan produk oleh peniaga pihak ketiga yang didaftarkan.
- Wallet DNA63 — baki dalam-aplikasi untuk pembayaran perkhidmatan di atas.
- Program Rujukan & Ganjaran — mata XP, tahap keahlian (Free, Verified, Activist, Premium).
DNA63 berhak menambah, mengubah suai, atau menghentikan mana-mana ciri di atas pada bila-bila masa dengan notis munasabah melalui Aplikasi.
Pendaftaran Akaun & Pengesahan
Akaun boleh dicipta melalui e-mel/kata laluan, Google, atau Apple Sign-In. Anda bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kelayakan log masuk anda dan segala aktiviti di bawah akaun anda.
3.1 Pengesahan Nombor Telefon
Sesetengah ciri memerlukan pengesahan nombor telefon melalui kod OTP SMS. Nombor yang disahkan digunakan untuk keselamatan akaun dan tidak dikongsi dengan pihak ketiga melainkan dinyatakan dalam Dasar Privasi.
3.2 Pengesahan Identiti (MyKad)
Untuk mencapai status keahlian “Verified” atau ke atas, dan untuk permohonan rider/vendor, anda mungkin diminta memuat naik imej MyKad untuk pengesahan automatik. Imej dan data yang diekstrak diproses semata-mata untuk tujuan pengesahan dan pematuhan, dan dikendalikan mengikut Dasar Privasi kami.
Memberikan maklumat MyKad atau nombor telefon palsu, atau menyamar sebagai orang lain, adalah pelanggaran Terma ini dan boleh menyebabkan penggantungan akaun serentak (Seksyen 11).
3.3 Satu Akaun Bagi Setiap Individu
Setiap individu hanya dibenarkan memiliki satu (1) akaun DNA63. Akaun pendua yang dicipta untuk menyalahgunakan program rujukan, ganjaran XP, atau mana-mana ciri lain boleh digantung tanpa notis (Seksyen 8, Seksyen 11).
3.4 Akses Lokasi & Notifikasi
Ciri seperti Peta Aduan Jalan Raya dan padanan Rider memerlukan akses kepada lokasi peranti anda (GPS) untuk berfungsi. Aplikasi juga boleh menghantar notifikasi tolak (push notification), SMS, atau e-mel berkaitan status akaun, transaksi, dan promosi. Anda boleh menarik balik kebenaran lokasi atau notifikasi pada bila-bila masa melalui tetapan peranti anda, tertakluk kepada gangguan fungsi ciri berkaitan. Butiran lanjut tentang pemprosesan data lokasi boleh didapati dalam Dasar Privasi kami.
Wallet, Top-up & Pembayaran
Wallet DNA63 ialah baki dalam-aplikasi yang boleh ditambah nilai (“top-up”) melalui gerbang pembayaran pihak ketiga (ToyyibPay) dan digunakan untuk membayar perkhidmatan dalam Aplikasi seperti penghantaran rider dan pembelian di kedai buku/vendor.
4.1 Top-up
Baki wallet dikreditkan sebaik pembayaran disahkan oleh gerbang pembayaran. DNA63 tidak menyimpan butiran kad/bank anda — ini dikendalikan sepenuhnya oleh penyedia pembayaran berlesen. Dengan membuat top-up, anda turut bersetuju terikat dengan terma & syarat ToyyibPay sendiri, yang terpakai secara berasingan daripada Terma ini.
4.2 Dasar Bayaran Balik
Top-up wallet yang berjaya dikreditkan adalah tidak boleh dikembalikan secara tunai, kecuali (a) berlaku ralat teknikal yang disahkan pihak DNA63 semasa proses top-up, atau (b) dikehendaki oleh undang-undang Malaysia. Baki wallet tidak menjana faedah/interest dan tidak boleh dipindah milik kepada akaun lain.
Bagi transaksi perkhidmatan (contohnya penghantaran rider yang dibatalkan), bayaran balik ke wallet tertakluk kepada dasar pembatalan & yuran yang dipaparkan semasa transaksi berkenaan (lihat Seksyen 5.3).
4.3 Tiada Pengeluaran Tunai (No Cash-Out)
Wallet DNA63 adalah baki tertutup (“closed-loop”) yang hanya boleh digunakan untuk membayar perkhidmatan di dalam Aplikasi. Baki wallet tidak boleh ditukar kepada wang tunai, dikeluarkan ke akaun bank, atau dipindahkan ke e-wallet lain dalam apa jua keadaan, kecuali bayaran balik yang diluluskan di bawah Seksyen 4.2. DNA63 bukan pengeluar e-wang berlesen dan Wallet tidak boleh digunakan di luar Aplikasi.
4.4 Penutupan Akaun & Baki Wallet
Memandangkan baki wallet tidak boleh dikeluarkan sebagai tunai (Seksyen 4.3), pengguna digalakkan menghabiskan baki wallet mereka untuk perkhidmatan dalam Aplikasi sebelum menutup akaun. Akaun yang ditutup atas permintaan sendiri dengan baki wallet yang masih tinggal akan digantung selama tempoh 90 hari untuk membolehkan pengguna membuat semakan semula; selepas tempoh tersebut, baki yang tidak dituntut dianggap terlucut kepada DNA63, tertakluk kepada undang-undang harta tak dituntut yang terpakai di Malaysia. Akaun yang digantung akibat pelanggaran Terma (Seksyen 11) tidak layak untuk sebarang tuntutan baki.
Perkhidmatan Rider & Penghantaran
5.1 Status Rider
Pendaftaran sebagai rider hanya dibuka kepada pengguna berumur 18 tahun ke atasyang telah melengkapkan pengesahan identiti MyKad (Seksyen 3.2), selaras dengan Seksyen 1.3.
Rider yang berdaftar melalui DNA63 adalah kontraktor bebas, bukan pekerja, ejen, atau wakil DNA63. DNA63 tidak mengawal jadual kerja, kaedah, atau kelayakan rider secara langsung selain daripada semakan pematuhan (lesen memandu, roadtax, insurans) yang dipaparkan dalam profil rider.
5.2 Proses Tempahan & Tawaran (Bargain)
Pengguna membuat permintaan penghantaran; rider berdekatan boleh menerima kadar dicadangkan atau mengemukakan tawaran harga alternatif (“bargain”). Transaksi dianggap muktamad apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan harga dan status tempahan.
5.3 Pembatalan & Yuran
Pembatalan selepas rider menerima tempahan mungkin dikenakan yuran pembatalan yang dipaparkan dalam Aplikasi sebelum pengesahan pembatalan. Yuran ini bertujuan memberi pampasan munasabah kepada rider atas masa/perjalanan yang telah dilakukan.
5.4 Liabiliti Semasa Penghantaran
DNA63 menyediakan platform padanan sahaja dan bukan pihak dalam kontrak penghantaran antara pengguna dan rider. Sebarang kerosakan, kehilangan, atau kelewatan barang semasa penghantaran adalah tanggungjawab rider berkenaan, tertakluk kepada proses aduan dalam Aplikasi. Setakat yang dibenarkan undang-undang, jumlah pampasan maksimum yang boleh dituntut melalui pengantaraan DNA63 bagi satu insiden kerosakan/kehilangan adalah terhad kepada nilai barang yang diisytiharkan semasa tempahan, atau RM300, mengikut mana yang lebih rendah, melainkan liabiliti tambahan dipersetujui secara berasingan antara pengguna dan rider.
Marketplace Vendor
Permohonan sebagai vendor hanya dibuka kepada pengguna berumur 18 tahun ke atasyang telah melengkapkan pengesahan identiti MyKad (Seksyen 3.2), selaras dengan Seksyen 1.3.
Vendor yang diluluskan boleh menyenaraikan produk/perkhidmatan untuk dijual kepada pengguna DNA63. DNA63 bertindak sebagai platform pengantara dan bukan penjual rekod bagi produk vendor.
- Vendor bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ketepatan penyenaraian, kualiti produk, dan pematuhan undang-undang berkaitan (cukai, lesen perniagaan, keselamatan produk).
- Vendor bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pematuhan cukai (termasuk keperluan e-Invois Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), jika terpakai) bagi jualan yang dibuat melalui platform. DNA63 tidak bertindak sebagai ejen cukai bagi pihak vendor.
- Pertikaian antara pengguna dan vendor hendaklah diselesaikan terlebih dahulu secara langsung; DNA63 boleh membantu sebagai pengantara atas budi bicara, bukan kewajipan.
- DNA63 berhak menggantung penyenaraian vendor yang melanggar Terma ini atau menerima aduan material daripada pengguna.
Sistem Aduan Awam
Ciri “Peta Aduan Jalan Raya” membolehkan pengguna melaporkan isu infrastruktur awam yang dipautkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen kawasan berkenaan.
DNA63 adalah platform pendidikan dan komuniti bebas dan tidak mewakili mana-mana entiti kerajaan. Penghantaran aduan melalui Aplikasi tidak menjamin sebarang tindakan diambil oleh ADUN, Ahli Parlimen, atau agensi kerajaan berkaitan. Maklumat rasmi MA63 dirujuk daripada sumber rasmi seperti www.agc.gov.my.
Anda bersetuju hanya menghantar aduan yang benar dan berkaitan. Aduan palsu atau fitnah boleh menyebabkan penggantungan akaun.
Kelakuan Pengguna Dilarang
Anda bersetuju TIDAK akan:
- Menyalahgunakan sistem OTP/pengesahan (contohnya menghantar permintaan OTP berulang kali secara automatik atau untuk nombor yang bukan milik anda);
- Memberikan maklumat identiti, MyKad, atau pembayaran yang palsu;
- Mengganggu, mengancam, atau mendera pengguna, rider, atau vendor lain;
- Menggunakan bot, scraper, atau kaedah automatik lain untuk mengakses Perkhidmatan tanpa kebenaran bertulis;
- Mencipta pelbagai akaun untuk menyalahgunakan program rujukan atau ganjaran XP;
- Memuat naik kandungan yang menyalahi undang-undang, lucah, atau menghasut kebencian.
DNA63 menggunakan langkah pencegahan penipuan automatik (termasuk had kadar permintaan OTP) untuk melindungi integriti platform.
Rujukan, XP & Ganjaran
Pengguna boleh memperoleh Mata XP melalui aktiviti dalam Aplikasi (kuiz, daily check-in, rujukan ahli baharu). Mata XP:
- Tidak mempunyai nilai tunai dan tidak boleh ditukar kepada wang atau baki wallet;
- Tertakluk kepada tempoh luput seperti dipaparkan dalam Aplikasi bagi setiap pengguna;
- Boleh disemak semula, dibatalkan, atau diselaraskan oleh DNA63 sekiranya dikesan penyalahgunaan (contohnya rujukan palsu atau akaun pendua);
- Tidak menjamin kelulusan automatik status “Activist” atau “Premium” — kriteria tambahan (seperti pengesahan telefon/MyKad) mungkin dikenakan.
Hak Milik Intelek
Semua kandungan rasmi DNA63 — termasuk logo, reka bentuk aplikasi, kandungan kuiz, dan bahan akademi — adalah hak milik Kelab Kembara Sabah selaku pengendali DNA63 Community (Seksyen 2.1), atau pemberi lesennya. Anda diberikan lesen terhad, tidak eksklusif, dan boleh ditarik balik untuk menggunakan Aplikasi bagi kegunaan peribadi bukan komersial sahaja.
Kandungan yang anda muat naik (contohnya laporan aduan, gambar profil) kekal milik anda, tetapi anda memberikan DNA63 lesen untuk memapar dan memproses kandungan tersebut bagi tujuan operasi Perkhidmatan.
Anda tidak boleh mengurai jurutera balik (reverse engineer), menyahkompil, mengikis (scrape) data secara pukal, atau mencipta karya terbitan daripada Aplikasi tanpa kebenaran bertulis DNA63.
Penggantungan & Penamatan
DNA63 berhak menggantung atau menamatkan akaun anda dengan atau tanpa notis terlebih dahulu jika kami mendapati anda melanggar Terma ini, terlibat dalam aktiviti penipuan, atau menimbulkan risiko kepada pengguna lain atau integriti platform.
Anda boleh menutup akaun anda pada bila-bila masa melalui Akaun → Tetapan. Baki wallet yang tinggal semasa penutupan akaun ditadbir oleh Seksyen 4.4.
Selepas akaun ditutup atau ditamatkan, DNA63 boleh memadam atau menyahnamakan (anonymise) profil dan kandungan peribadi anda, tertakluk kepada tempoh simpanan data yang dinyatakan dalam Dasar Privasi. Kandungan awam yang telah disiarkan (contohnya laporan aduan yang telah dihantar kepada ADUN/Ahli Parlimen) boleh kekal dalam rekod Aplikasi bagi tujuan integriti rekod, walaupun dinyahkenal pasti daripada akaun anda.
Had Liabiliti & Penafian
Perkhidmatan disediakan atas dasar “sebagaimana adanya” (“as is”) tanpa jaminan tersirat mengenai kebolehsediaan berterusan atau bebas ralat. Setakat yang dibenarkan undang-undang Malaysia, DNA63 tidak bertanggungjawab atas:
- Kerugian tidak langsung, sampingan, atau kehilangan keuntungan akibat penggunaan Perkhidmatan;
- Tindakan, ketinggalan, atau kelalaian pihak ketiga (rider, vendor, gerbang pembayaran, wakil rakyat);
- Gangguan perkhidmatan akibat penyelenggaraan, ralat teknikal, atau faktor di luar kawalan munasabah DNA63.
Tiada apa-apa dalam Seksyen ini mengehadkan liabiliti yang tidak boleh dihadkan di bawah undang-undang Malaysia (termasuk berkaitan kecuaian teruk atau fraud).
Indemnifikasi
Anda bersetuju untuk menanggung rugi dan memastikan DNA63, Kelab Kembara Sabah, serta pegawai, ahli jawatankuasa, dan wakilnya bebas daripada sebarang tuntutan, kerugian, atau kos (termasuk yuran guaman yang munasabah) yang timbul akibat: (a) penggunaan Aplikasi oleh anda yang melanggar Terma ini; (b) pelanggaran undang-undang oleh anda; atau (c) pertikaian antara anda dan pengguna lain, rider, atau vendor.
Force Majeure
DNA63 tidak bertanggungjawab atas kegagalan atau kelewatan melaksanakan Perkhidmatan yang disebabkan oleh keadaan di luar kawalan munasabah kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada bencana alam, wabak, gangguan rangkaian/infrastruktur pihak ketiga, tindakan kerajaan, rusuhan, atau kegagalan penyedia perkhidmatan pihak ketiga (contohnya Firebase, ToyyibPay).
Definisi Istilah
| Aplikasi / Perkhidmatan | Aplikasi mudah alih dan laman web DNA63, termasuk semua modul yang dinyatakan dalam Seksyen 2. |
|---|---|
| DNA63 / kami | DNA63 Community, diuruskan di bawah Kelab Kembara Sabah (ROS: PPM0201222022019). |
| Pengguna / anda | Individu yang mendaftar dan/atau menggunakan Aplikasi. |
| Rider | Kontraktor bebas yang berdaftar untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui Aplikasi. |
| Vendor | Peniaga pihak ketiga yang diluluskan untuk menjual produk/perkhidmatan melalui Marketplace. |
| Wallet | Baki dalam-aplikasi closed-loop yang tidak boleh dikeluarkan sebagai tunai (Seksyen 4). |
| Mata XP | Mata ganjaran tanpa nilai tunai yang diperoleh melalui aktiviti dalam Aplikasi (Seksyen 9). |
Undang-undang Terpakai & Bidang Kuasa
Terma ini ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia, termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) berkaitan pemprosesan data peribadi (lihat Dasar Privasi).
Sebarang pertikaian yang tidak dapat diselesaikan secara pertengahan atau rundingan akan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah di Negeri Sabah, Malaysia.
Peruntukan Am
17.1 Keseluruhan Perjanjian
Terma ini bersama Dasar Privasi merupakan keseluruhan perjanjian antara anda dan DNA63 berkaitan penggunaan Aplikasi, dan menggantikan sebarang perjanjian lisan atau bertulis terdahulu mengenai perkara yang sama.
17.2 Kebolehasingan (Severability)
Sekiranya mana-mana peruntukan Terma ini didapati tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah yang berwibawa, peruntukan tersebut akan dipisahkan dan baki Terma ini akan terus berkuat kuasa sepenuhnya.
17.3 Penyerahan Hak
DNA63 boleh menyerahkan hak dan kewajipan di bawah Terma ini kepada mana-mana pihak berkaitan (contohnya semasa penstrukturan semula Kelab Kembara Sabah) dengan notis kepada pengguna. Anda tidak boleh menyerahkan hak anda di bawah Terma ini tanpa kebenaran bertulis DNA63.
17.4 Notis Rasmi
Notis rasmi kepada anda akan dihantar melalui e-mel berdaftar akaun anda atau notifikasi dalam Aplikasi. Notis kepada DNA63 hendaklah dihantar melalui saluran yang dinyatakan dalam Seksyen 19.
17.5 Bahasa Rujukan
Terma ini disediakan dalam Bahasa Malaysia. Sekiranya wujud versi terjemahan bahasa lain, versi Bahasa Malaysia akan diguna pakai dan mengatasi sekiranya berlaku percanggahan tafsiran.
Perubahan Terma
DNA63 boleh mengemas kini Terma ini dari semasa ke semasa. Perubahan material akan dimaklumkan melalui notis dalam Aplikasi atau e-mel sekurang-kurangnya 7 hari sebelum berkuat kuasa. Penggunaan berterusan Perkhidmatan selepas tarikh berkuat kuasa dianggap sebagai penerimaan Terma yang dikemas kini.
Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan mengenai Terma ini boleh dihalakan kepada:
| Sokongan pengguna | kelabkembarasabah@gmail.com |
|---|---|
| Pembangun / teknikal | rhinoresourceshq@gmail.com |
| Laman rasmi | dna63.com |
| Entiti berdaftar | Kelab Kembara Sabah (ROS: PPM0201222022019) |