Sandakan - 28 Sept 2024
Program Tertutup DNA63
Komuniti DNA63 sejak July 2021
Harga Early Bird Akan Berakhir Dalam Masa
Kabinet yang pertama dari State of Sabah ini disebut sebagai defacto self government sebelum berkuatkuasanya Akta Malaysia 26/1963 yang meminda Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menukar namanya menjadi Malaysia.
Ramai berkata bahawa British menyerahkan Kedaulatan Sabah & Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang menukar namanya menjadi Malaysia. Sejauh manakah perkara itu boleh dilakukan diperingkat antarabangsa disaat dunia sebulat suara menolak Penjajahan sebagaimana dipersetujui oleh PBB.
BootCamp 2.0 adalah kesinambungan dari BotCamp 1.0 yang diadakan pada skala kecil pada sejak awal tahun 2022 hinga berakhir January 2023 di Kota Kinabalu.
Kenali apa yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama dan apa sebenarnya syarat meminda Perlembagaan pada awal awal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957.
Pada tahun 1958, British mengeluarkan satu Order in Council bagi mengiktiraf Singapura sebagai mencapai status Full Internal Self Government. Apa perbezaannya dengan Sabah & Sarawak pada tahun 1963? Adakah Sabah mencapai status yang sama? Meskipun tiada Order in Council dikeluarkan.
Selepas 16 September 1963, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menukar namanya menjadi Malaysia dan syarat meminda Perlembagaan itu juga turut berubah dengan tertakluk kepada artikel 161E bagi Borneo dan 161H bagi Singapura.
Self Governing Territory adalah suatu status yang diiktiraf di peringkat PBB dan ia diketahui umum bukan sebuah wilayah bertaraf koloni. Kerana wilayah ini sudah memiliki Perlembagaannya sendiri yang menjadi punca kuasa pentadbiran bagi kerajaan diwilayah tersebut.
Suatu persoalan yang selalu menjadi kebingungan dikalangan rakyat Sabah berkenaan status Sabah didalam Malaysia. Adakah Kemerdekan Tanah Melayu pada tahun 1957 itu juga kemerdekaan bagi Sabah & Sarawak? Sedangkan British pernah mengeluarkan Telegram menafikan kenyataan Lee Kuan Yew bahawa pembentukan Malaysia bukanlah memberi kemerdekaan secara berasingan kepada ketiga tiga wilayah itu iaitu Sabah, Sarawak & Singapura.
Penulis buku MA63 The Constitution dan merupakan seorang aktivis MA63 dan Pengasas kepada komuniti DNA63 yang misi dan visinya adalah mencelikkan masyarakat Sabah diperingkat bawahan dengan sejarah dan pengetahuan sebenar berkenaan MA63.
Tiket hanya sah pada tarikh dan lokasi yang tertera ditiket para peserta dan tiket yang sudah dibeli tidak boleh dikembalikan.
Tiket ini tidak boleh dipindah milik.
Tiada rakaman video atau siaran live dibenarkan oleh para peserta. Pihak pengurusan berhak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan anda menghormati syarat ini.
Tidak dibenarkan untuk anda membawa sebarang makanan & minuman dari luar.
Tiada logo parti politik dibenarkan dipakai dalam apa jua bentuk sepanjang didalam program ini.
Product | Subtotal |
---|---|
VIP - BootCamp 2.0 (SANDAKAN) × 1 | RM350.00 |
Subtotal | RM350.00 |
Shipping | Free shipping |
Total | RM350.00 |