Kepada semua ahli DNA63 di mana jua kau berada, ini berita yang ditunggu-tunggu! Portal Komuniti DNA63 akhirnya boleh digunakan sepenuhnya selepas beberapa kali usaha membangunkannya tertangguh. Sekarang, kita ada satu tempat khas untuk semua ahli berkumpul, berhubung, dan terus belajar tentang MA63!
Apa yang ada dalam portal ini?
✅ Online Course MA63 – Kursus khas yang dibina berdasarkan kajian pasukan DNA63, supaya semua boleh memahami MA63 dari sudut yang sebenar.
✅ Komuniti Ahli DNA63 – Ruang untuk berkongsi pandangan, berdiskusi dan berhubung dengan ahli lain tanpa sekatan.
✅ Merchandise Eksklusif DNA63 – Sokong perjuangan kesedaran MA63 dengan barangan eksklusif khas untuk komuniti kita.
✅ Penambahbaikan Berterusan – Platform ini akan terus dikembangkan dengan ciri baru untuk manfaat semua.
Dan bukan itu saja! Apps DNA63 untuk Android & Apple juga dalam pembinaan. Bila siap nanti, lebih mudah untuk akses portal ini terus dari telefon kau!
Jadi, kalau kau ahli DNA63, ini tempat kau. Login, explore, dan teruskan usaha menyebarkan kesedaran tentang MA63. Ini bukan sekadar portal, ini adalah pergerakan!
#DNA63 #KomunitiDNA63 #MA63


Julian
💪… Terbaik
Patrick Tangkalau
Saya mahu belajar MA63.